Sekapur Sireh........
Yang dihormati dan disayangi
Guru-guru dan kakitangan semua
Alhamdulillah, syukur kita kepada Allah s.w.t. kerana kita masih lagi diberi nikmat sihat dan dengan ini kita mampu memberi perkhidmatan yang lebih baik pada tahun 2010 ini. Harapan saya agar kita terus diberi keyakinan dan kekuatan untuk ke arah anjakan paradigma yang lebih cemerlang pada tahun ini. Dengan adanya semangat setiakawan, kejujuran, keihklasan dan dedikasi, komitmen dan kerja berpasukan yang utuh akan memberi perkhidmatan yang cemerlang, gemilang lagi terbilang. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru dan kakitangan yang telah memberi perkhidmatan cemerlang pada tahun 2009.
Dengan terbinanya blog ini akan dapat membantu semua warga sekolah ini dalam menjalankan tugas dengan lebih baik dan sempurna. Selain itu juga, sekolah kita dapat bertukar-tukar pendapat dengan sekolah-sekolah lain. Saya yakin dan percaya dengan semangat yang ada pada kita, kita akan dapat meningkatkan mutu pendidikan di sekolah kit a dengan lebih baik daripada tahun lepas.
Tahun 2010 ini juga saya berharap semua warga SKBN dapat menaikkan imej sekolah ini ke persada nasional dalam pelbagai bidang, janganlah kita bekerja tanpa keihklasan dengan mengharapkan pembalasan supaya semua amalan kita akan menjadi ibadat. Akhir kata marilah sama-sama kita berjuang dengan penuh dedikasi bagi menghasilkan keputusan yang lebih cemerlang pada tahun 2010
Perkhidmatan Berkualiti Budaya Kita
Sekian, selamat bertugas.
MUHAMMAD BIN ABDULLAH
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Bendang Nyior
1 comments:
Terasa begitu terharu dan bangga kerana di sekolah inilah dahulunya saya mendapat pendidikan awal. Dari keadaan yang serba kekurangan kini telah boleh bersaing dengan sekolah-sekolah yang lain. Kalau dikenangkan pada tahun 60an dahulu, jauh di lubuk hati ini sayu rasanya. Begitu daif sekali. Masih segar dalam ingatan ketika menggunakan batu kawi untuk menulis, bangkunya batang kayu berkembar, atap rumbia untuk berteduh dan berlataikan tanah. Terima kasih kepada guru-guru yang telah banyak mencurahkan bakti, semoga Allah mencucuri rahmat dan ditempatkan semuanya di Surga Firdaus. Masih segar dalam ingatan ini antara guru-guru yang mengajar dan mendidikku, antaranya ; Cikgu Hassan (Kereta Fiat 500 pintu dibuka dari hadapan), Cikgu Mahmood (Kereta Toyota Publica ), Cikgu Musa (Motosikal Honda CA100 50cc.), Cikgu Fatimah/Aminah (Isteri Cikgu Hassan), Cikgu Yusof (Bahasa Inggeris)(Triump Tiger), Cikgu Nik Hashim (Motosikal Honda 77c Super H.) dan lain-lain. Sekali lagi diucapkan terima kasih kepada mereka semua kerana tidak jemu-jemu mendidik anak bangsa yang serba kakurangan jauh di pendalaman. Di waktu itu jalanraya dari Batu 5 ke Bendang Gok amat terok. Pengangkutan awam menggunakan kenderaan Land Rover Series 11A) kepunyaan Pak Cik Mokhter. Alfathehah untuk mereka semua...Jasamu tetap dikenang... Wassalamm
Post a Comment