Melainkan Dengan Kasih Sayang
Kesenangan Hati Dan Ketenteraman Jiwa
Lebih Berharga Dari Pangkat Dan Kekayaan
Usia Tidak Akan Mengampunkan Segala Dosa Yang Dibuat Oleh Kita,
Mintalah Keampunan Dengan Bertaubat
Kesilapan Yang Kita Lakukan Adalah Pelajaran Baru
Untuk Mencapai Kejayaan
| |
| |
"Say your prayers before prayers for you are said"
"Blessed are they who have the gift of making friends, for it is one of God's best gifts. It involves many things, but above all, the power of going out of one's self, and appreciating whatever is noble and loving in another."
MANTAN GURU-GURU BESAR SKBN
Bil | NAMA | Tahun berkhidmat |
1 | EN. YUSOFF BIN AHMAD (GURU RAKYAT) | 1957-6.5.59 |
2 | EN. ABD RAHMAN BIN ABDULLAH | 7.5.59-11.9.60 |
3 | EN. ABD LATIF BIN SULONG (Pemangku Guru Besar) | 11.9.60 – 14.1.62 |
4 | EN. HASSAN BIN AHMAD (673) | 14.1.62 – 6.2.66 |
5 | EN. MAHMOOD BIN AHMAD (13047) | 21.5.66 – 25.11.68 |
6 | EN. MUHAMMAD BIN ABDULLAH (1316) | 5.1.69-30.12.71 |
7 | EN. SIDEK BIN AWANG (200) | 5.1.72- 31.12.72 |
8 | EN. MUHAMMAD BIN HJ. YUSOFF (1316) | 1.1.73-30.9.82 |
9 | EN. HJ. JAAFAR BIN HJ. YUSOFF (666) | 1.10.82-31.10.84 |
10 | EN. MOHAMMAD BIN ABDULLAH (560) | 1.10.84-31.8.92 |
11 | TN. HJ. OTHMAN IN AHMAD (D3627) | 1.2.93-15.2.93 |
12 | EN. YAACOB BIN RAZAB (D3100) | 16.2.93-16.1.96 |
13 | NIK MUSTAPHA NIK DAUD (D4396) | 16.1.96-31.12.96 |
14 | CHE MOHAMAD BIN CHE KOB (D21121) | 1.1.97-12.2.06 |
15 | TN. HJ. HUSSAIN BIN HJ. ABU BAKAR | 12.2.06 hingga 12.2.2010 |
Saturday, May 29, 2010
wajah sambutan
zakiran fs sk bendang nyior
kemeriahan terselah semasa sambutan majlis Hari Guru peringkat SK Bendang Nyior
Saturday, May 22, 2010
pada 19 & 20 Mei 2010 sukan tahunan skbn 2010 telah diadakan.berita selanjutnya akan menyusuli nanti.sama - sama kita nantikan yer..
Saturday, May 15, 2010
sambutan hari guru 2010 peringkat sk bendang nyior
sambutan hari guru peringkat sk bendang nyior telah diadakan pada pagi tadi. semua guru dan warga sk bendang nyiot terlibat dalam menjayakan program sambutan ini.
Saturday, March 13, 2010
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah
SKBN - 11 March Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah diadakan. Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah dirasmikan oleh Guru Besar yg baru iaitu En. Muhammad bin Abdullah. Majlis ini adalah untuk memperingati hari kelahiran Rasul kita iaitu Nabi Muhammad s.a.w.. Antara aktiviti yang diadakan ialah pertandingan bercerita, sajak, persembahan nasyid. Selain itu juga tokoh Maulidur Rasul pada kali ini telah di pilih mengikut tahap.
SK Bendang Nyior Johan
Monday, March 8, 2010
hari ini hari sukan...
TANAH MERAH 9 Mac - Kejohanan Olahraga peringkat sekolah-sekolah Daerah tanah merah tela diadakan. Skuad pasukan olahraga SKBN yang di bimbing oleh Cikgu Abdllah Zawawi sebagai pengurus pasukan telah myertai kejohanan ini.
Untuk ketrangan lebih lanjut sama-sama kita tunggu pada hari esok- Reuters
Tuesday, January 26, 2010
Majlis Rantam Kegemilangan & Motivasi UPSR 2010
Majlis Rantam Kegemilangan dan Motivasi UPSR 2010 diadakan pada hari Ahad 24 Januari 2010 jam 3.00 ptg bertempat di Dewan Terbuka SKBN. Majlis ini dirasmikan oleh Pengarah DUN Kemahang, En. Yusof Deraman. Para ibubapa dijemput bersama anak masing-masing. Majlis ini juga diisi dengan Ceramah Motivasi oleh Penceramah Jemputan dari SK Batu Gajah, En. Mahadir Mamat. Turut hadir menyerikan majlis ini ialah wakil dari KESEDAR sebagai penaja program Motivasi ini. Budi dan jasa yang dicurahkan, hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat membalasnya....
Gambar Majlis Rantam
Sunday, January 17, 2010
perhimpunan mingguan
Kebersihan haruslah dijaga....
Kata- kata Hikmah Khalifah Islam
1. Jika tidak karena takut dihisab, sesungguhnya aku akan perintahkan membawa seekor kambing, kemudian dipanggang untuk kami di depan pembakar roti.
2. Barangsiapa takut kepada Allah SWT nescaya tidak akan dapat dilihat kemarahannya. Dan barangsiapa takut pada Allah, tidak sia-sia apa yang dia kehendaki.
3. Wahai Tuhan, janganlah Engkau jadikan kebinasaan umat Muhammad SAW di atas tanganku. Wahai Tuhanku, umurku telah lanjut dan kekuatanku telah lemah. Maka genggamkan (matikan) aku untukMu bukan untuk manusia.
SAYIDINA ALI KARAMALLAHU WAJHAH :
1. Cukuplah bila aku merasa mulia karena Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku taufik
sebagaimana yang Engkau cintai.
2. Hendaklah kamu lebih memperhatikan tentang bagaimana amalan itu diterima daripada banyak beramal, kerana sesungguhnya terlalu sedikit amalan yang disertai takwa. Bagaimanakah amalan itu hendak diterima?
3. Janganlah seseorang hamba itu mengharap selain kepada Tuhannya dan janganlah dia takut selain kepada dosanya.
4. Tidak ada kebaikan ibadah yang tidak ada ilmunya dan tidak ada kebaikan ilmu yang tidak difahami dan tidak ada kebaikan bacaan kalau tidak ada perhatian untuknya.
UMAR BIN AZIZ :
1. Orang yang bertakwa itu dikekang.
2. Sesungguhnya syubhat itu pada yang halal.
3. Kemaafan yang utama itu adalah ketika berkuasa.
SUFFIAN AS THAURI :
1. Tidak ada ketaatan bagi kedua ibu-bapa pada perkara syubhat.
2. Sesungguhnya seorang lelaki itu berharta bila dia zuhud di dunia, dan sesungguhnya seorang itu adalah fakir bila dia gemar pada dunia.
3. Menuntut ilmu lebih utama daripada solat sunat."
zakiran fs sk bendang nyior
Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca!
Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!! !
PERTAMA.
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.
KEDUA.
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua..
KETIGA..
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu
KEEMPAT .
Apabila kamu berkata, ' Aku Cinta Padamu', maka tunaikanlah.
KELIMA..
Pabila mengatakan, 'Maaf', tenunglah matanya.
KEENAM.
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.
KETUJUH..
Percayailah cinta pandang pertama..
KELAPAN..
Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.
KESEMBILAN.
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.
KESEPULUH.
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.
KESEBELAS.
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.
KEDUABELAS.
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.
KETIGABELAS.
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,'Kenapa anda ingin tahu?'
KEEMPATBELAS.
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.
KELIMABELAS.
Ucaplah 'Semoga anda diberkati' apabila mendengar seseorang bersin.
KEENAMBELAS.
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.
KETUJUHBELAS.
Berpeganglah kepada tiga R:
1. Rasa hormat pada diri sendiri;
2. Rasa hormat kepada orang lain;
3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda
KELAPANBELAS.
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.
KESEMBILANBELAS.
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.
KEDUAPULUH.
Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.
KEDUAPULUH SATU
Ada ketikanya anda perlu bersendirian.
Thursday, January 14, 2010
mesyuarat berkaitan aktiviti kokurikulum
zakiran fs sk bendang nyior